Seorang lelaki beribadat di dalam tempat pertapaannya, lalu langit menurunkan hujan dan bumi menumbuhkan rumput

TEKS BAHASA ARAB

تعبد رجل في صومعته، فمطرت السماء، فأعشبت الأرض، فرأى حماره يرعى، فقال: يا رب! لو كان لك حمار، أرعيته مع حماري؟ فبلغ ذلك نبيا من أنبياء بني إسرائيل، فأراد أن يدعو عليه، فأوحى الله إليه: إنما أجازي العباد على قدر عقولهم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Seorang lelaki beribadat di dalam tempat pertapaannya, lalu langit menurunkan hujan dan bumi menumbuhkan rumput. Maka lelaki itu melihat keldainya meragut rumput, lalu dia berkata: “Wahai Tuhan! Kalau Engkau memiliki seekor keldai, bolehkah aku mengembalanya bersama keldaiku?”. Lalu berita tersebut sampai kepada seorang nabi daripada nabi-nabi Bani Israel, lantas baginda ingin mendoakan keburukan buat lelaki itu. Lalu Allah mewahyukan kepada baginda: "Sesungguhnya Aku hanya akan membalas hamba-hamba mengikut tahap akal mereka”.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 437, hadis nombor 2345. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن جابر – رضي الله عنه -، قال: قال ﷺ: «تعبد رجل في صومعته، فمطرت السماء، فأعشبت الأرض، فرأى حماره يرعى، فقال: يا رب! لو كان لك حمار، أرعيته مع حماري؟ فبلغ ذلك نبيا من أنبياء بني إسرائيل، فأراد أن يدعو عليه، فأوحى الله إليه: إنما أجازي العباد على قدر عقولهم». [عد، هب، ابن شاهين في «الترغيب»، خط، «الضعيفة» (6876)].

(Munkar) Daripada Jabir RA, beliau berkata: Baginda ﷺ bersabda: Seorang lelaki beribadat di dalam tempat pertapaannya, lalu langit menurunkan hujan dan bumi menumbuhkan rumput. Maka lelaki itu melihat keldainya meragut rumput, lalu dia berkata: “Wahai Tuhan! Kalau Engkau memiliki seekor keldai, bolehkah aku mengembalanya bersama keldaiku?”. Lalu berita tersebut sampai kepada seorang nabi daripada nabi-nabi Bani Israel, lantas baginda ingin mendoakan keburukan buat lelaki itu. Lalu Allah mewahyukan kepada baginda: "Sesungguhnya Aku hanya akan membalas hamba-hamba mengikut tahap akal mereka”. [Riwayat Ibn ‘Adī dalam al-Kāmil, al-Bayhaqī dalam Shu‘ab al-Īmān, Ibn Shāhīn dalam al-Targhīb dan al-Khaṭīb al-Baghdādī dalam al-Tarikh. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6876].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs