Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
تَعَبَّدَ رجلٌ في صومعتِهِ، فمطرتِ السماءُ، فأعشبتِ الأرضُ، فرأى حمارَهُ يَرْعى، فقال: يا ربِّ! لو كان لكَ حمار، أرعيتَهُ مع حماري؟ فبلغَ ذلكَ نبيًّا من أنبياءِ بني إسرائيلَ، فأرادَ أن يدعوَ عليهِ، فأَوْحَى اللهُ إليهِ: إنَّما أُجازِي العبادَ على قَدْرِ عُقُولِهم.
Teks Bahasa Melayu
Seorang lelaki beribadat di dalam tempat pertapaannya, lalu langit menurunkan hujan dan bumi menumbuhkan rumput. Maka lelaki itu melihat keldainya meragut rumput, lalu dia berkata: “Wahai Tuhan! Kalau Engkau memiliki seekor keldai, bolehkah aku mengembalanya bersama keldaiku?”. Lalu berita tersebut sampai kepada seorang nabi daripada nabi-nabi Bani Israel, lantas baginda ingin mendoakan keburukan buat lelaki itu. Lalu Allah mewahyukan kepada baginda: "Sesungguhnya Aku hanya akan membalas hamba-hamba mengikut tahap akal mereka”.
Sahabat Perawi
- Jabir RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 437, hadis no. 2345. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن جابر - رضي الله عنه -، قال: قال ﷺ: «تعبد رجل في صومعته، فمطرت السماء، فأعشبت الأرض، فرأى حماره يرعى، فقال: يا رب! لو كان لك حمار، أرعيته مع حماري؟ فبلغ ذلك نبيا من أنبياء بني إسرائيل، فأراد أن يدعو عليه، فأوحى الله إليه: إنما أجازي العباد على قدر عقولهم». [عد، هب، ابن شاهين في «الترغيب»، خط، «الضعيفة» (6876)].
(Munkar) Daripada Jabir RA, beliau berkata: Baginda ﷺ bersabda: Seorang lelaki beribadat di dalam tempat pertapaannya, lalu langit menurunkan hujan dan bumi menumbuhkan rumput. Maka lelaki itu melihat keldainya meragut rumput, lalu dia berkata: “Wahai Tuhan! Kalau Engkau memiliki seekor keldai, bolehkah aku mengembalanya bersama keldaiku?”. Lalu berita tersebut sampai kepada seorang nabi daripada nabi-nabi Bani Israel, lantas baginda ingin mendoakan keburukan buat lelaki itu. Lalu Allah mewahyukan kepada baginda: "Sesungguhnya Aku hanya akan membalas hamba-hamba mengikut tahap akal mereka”. [Riwayat Ibn ‘Adī dalam al-Kāmil, al-Bayhaqī dalam Shu‘ab al-Īmān, Ibn Shāhīn dalam al-Targhīb dan al-Khaṭīb al-Baghdādī dalam al-Tarikh. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6876].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman