Seorang lelaki akan bangkit mempertahankan sekutunya

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

بينا نحن مع النبي صلى الله عليه وسلم قال لينهض كل رجل كفأه فنهض النبي صلى الله عليه وسلم إلى عثمان فاعتنقه وقال له أنت وليي في الدنيا والآخرة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ketika kami bersama Rasulullah SAW, Baginda bersabda: Seorang lelaki akan bangkit mempertahankan sekutunya. Lalu Nabi SAW bangkit dan pergi kepada Uthman lantas memeluk beliau. Baginda bersabda kepada beliau: Engkau adalah waliku di dunia dan akhirat

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 94. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

جَابر «بَيْنَا نَحْنُ مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لِيَنْهَضْ كُلُّ رَجُلٍ كُفْأَهُ فَنَهَضَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِلَى عُثْمَانَ فَاعْتَنَقَهُ وَقَالَ لَهُ أَنْتَ وليي فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَة» فِيهِ طَلْحَة بن زيد لَا يحْتَج بِهِ عَن عبيد بن حبَان مَتْرُوك قلت صَححهُ الْحَاكِم وَاعْترض عَلَيْهِ الذَّهَبِيّ وَضَعفه.

Daripada Jabir:
Ketika kami bersama Rasulullah SAW, Baginda bersabda: Seorang lelaki akan bangkit mempertahankan sekutunya. Lalu Nabi SAW bangkit dan pergi kepada Uthman lantas memeluk beliau. Baginda bersabda kepada beliau: Engkau adalah waliku di dunia dan akhirat. Dalam sanadnya terdapat Talhah bin Zaid. Beliau adalah perawi yang tidak boleh dijadikan sandaran. Beliau juga meriwayatkan daripada Ubaid Bin Hibban yang merupakan seorang perawi matruk. Saya katakan: al-Hakim menilai hadith ini sebagai hadith sahih namun disanggah oleh al-Zahabi. al-Zahabi menilainya sebagai hadith yang lemah.

RUJUKAN

Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī Al-Fattanī. (1343). Taẓkirah Al-Mawḍū’āt. Idārah Al-Ṭibā‘ah Al-Munīrah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.