Seorang hamba tidak melakukan dosa dan menganggapnya buruk melainkan dia akan diampunkan

TEKS BAHASA ARAB

ما عمل عبد ذنبا فساءه إلا غفر له، وإن لم يستغفر منه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Seorang hamba tidak melakukan dosa dan menganggapnya buruk melainkan dia akan diampunkan, walaupun dia tidak memohon ampun.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2059, hadis nombor 10342. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن عائشة -رضي الله عنها-، قالت: قال رسول الله ﷺ: ما عمل عبد ذنبا فساءه إلا غفر له، وإن لم يستغفر منه.
[ابن حبان في ((الضعفاء))، عد، ((الضعيفة)) (6172)]

(Palsu)
Daripada ‘Aisyah RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Seorang hamba tidak melakukan dosa dan menganggapnya buruk melainkan dia akan diampunkan, walaupun dia tidak memohon ampun.
[Riwayat Ibn Hibban dalam al-Dhu’afa’ dan Ibn ‘Adi dalam al- Kamil. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 6172]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.