Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ما عَمِلَ عبدٌ ذنباً فَسَاءَهُ إلا غُفِرَ له، وإن لَمْ يَسْتَغْفِرْ منه.
Teks Bahasa Melayu
Seorang hamba tidak melakukan dosa dan menganggapnya buruk melainkan dia akan diampunkan, walaupun dia tidak memohon ampun.
Sahabat Perawi
- ‘Aishah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2059, hadis no. 10342. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Palsu) Daripada ‘Aisyah RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Seorang hamba tidak melakukan dosa dan menganggapnya buruk melainkan dia akan diampunkan, walaupun dia tidak memohon ampun. [Riwayat Ibn Hibban dalam al-Dhu’afa’ dan Ibn ‘Adi dalam al- Kamil. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 6172]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman