TEKS BAHASA ARAB
لا يبلغ عبد حقيقة الإيمان حتى يخزن من لسانه.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Seorang hamba tidak akan dapat mencapai hakikat iman sehinggalah dia memelihara lidahnya.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 462, hadis nombor 2478. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أنس بن مالك – رضي الله عنه – مرفوعا: «لا يبلغ عبد حقيقة الإيمان حتى يخزن من لسانه». [طص، الضياء، «الضعيفة» (2027)].
(Lemah) Daripada Anas bin Mālik RA secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): "Seorang hamba tidak akan dapat mencapai hakikat iman sehinggalah dia memelihara lidahnya". [Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Ṣaghīr dan al-Ḍiyā’ dalam al-Mukhtārah. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2027].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.