Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لا يفقَهُ العبدُ كلَّ الفِقهِ حتَّى يُبغِضَ النَّاسَ في ذاتِ اللَّهِ ، ثُمَّ يرجِعَ إلى نفسِهِ فتَكونَ أمقَتَ عندَهُ مِن النَّاسِ أجمعينَ.
Teks Bahasa Melayu
Seorang hamba itu tidak akan menjadi faqih dengan sebenar-benar kefaqihan sehinggalah dia membenci manusia kerana Allah SWT, kemudian dia berpatah kembali pada dirinya dan ia menjadi manusia yang paling dia benci berbanding keseluruhan manusia.
Sahabat Perawi
- Jabir RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 118, hadis no. 612. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن جابر رضي الله عنه رفعه: لا يفقه العبد كل الفقه حتى يبغض الناس في ذات الله ثم يرجع إلى نفسه فتكون أمقت عنده من الناس أجمعين. [فر، الضعيفة (5708)]
(Munkar) Daripada Jābir RA, beliau memarfū‘kannya (menyandarkannya kepada Nabi SAW): Seorang hamba itu tidak akan menjadi faqih dengan sebenar-benar kefaqihan sehinggalah dia membenci manusia kerana Allah SWT, kemudian dia berpatah kembali pada dirinya dan ia menjadi manusia yang paling dia benci berbanding keseluruhan manusia. [Riwayat al-Daylamī dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no.5708]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman