Seorang hamba itu tidak akan mendapati iman yang jelas sehinggalah dia mencintai dan membenci kerana Allah SWT

TEKS BAHASA ARAB

لا يجد عبد صريح الإيمان حتى يحب لله ويبغض لله فإذا أحب لله وأبغض لله فقد استحق الولاية من الله عز وجل وإن أحبائي وأوليائي من عبادي وخلقي الذين يذكرون بذكري وأذكر بذكرهم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Seorang hamba itu tidak akan mendapati iman yang jelas sehinggalah dia mencintai dan membenci kerana Allah SWT. Apabila dia telah mencintai dan membenci kerana Allah maka dia telah berhak mendapat kewalian daripada Allah. Sesungguhnya kekasih-Ku dan para wali-Ku daripada kalangan hamba dan makhluk-Ku ialah mereka yang disebut dengan mengingati-Ku dan Aku disebut dengan mengingati mereka.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 118, hadis nombor 611. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عبدالله بن الجموح رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: لا يَجِدُ عَبْدٌ صَرِيحَ الإيمانِ حتى يُحِبً لله ويُبْغِضَ لله، فإذا أحبَّ لله وأبغض لله فقدِ استحق الولايةَ مِنَ الله عز وجَل وإنْ أَحِبَّائي وأوليائي من عِبَادي وخَلْقِي الذين يُذْكَرونَ بذكرِي وأُذْكَر بذِكْرِهم. [ابن قانع، حم، عم، طب، الضعيفة (5621)]

(Lemah) Daripada ‘Abdullah ibn al-Jamūḥ RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Seorang hamba itu tidak akan mendapati iman yang jelas sehinggalah dia mencintai dan membenci kerana Allah SWT. Apabila dia telah mencintai dan membenci kerana Allah maka dia telah berhak mendapat kewalian daripada Allah. Sesungguhnya kekasih-Ku dan para wali-Ku daripada kalangan hamba dan makhluk-Ku ialah mereka yang disebut dengan mengingati-Ku dan Aku disebut dengan mengingati mereka. [Diriwayatkan oleh Ibn Qāni‘ dalam Mu‘jam al-Ṣaḥābah, al-Ṭabarānī dalam Mu‘jam al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5621]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs