Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لا يَجِدُ عَبْدٌ صَرِيحَ الإيمانِ حتى يُحِبً لله ويُبْغِضَ لله، فإذا أحبَّ لله وأبغض لله فقدِ استحق الولايةَ مِنَ الله عز وجَل وإنْ أَحِبَّائي وأوليائي من عِبَادي وخَلْقِي الذين يُذْكَرونَ بذكرِي وأُذْكَر بذِكْرِهم.
Teks Bahasa Melayu
Seorang hamba itu tidak akan mendapati iman yang jelas sehinggalah dia mencintai dan membenci kerana Allah SWT. Apabila dia telah mencintai dan membenci kerana Allah maka dia telah berhak mendapat kewalian daripada Allah. Sesungguhnya kekasih-Ku dan para wali-Ku daripada kalangan hamba dan makhluk-Ku ialah mereka yang disebut dengan mengingati-Ku dan Aku disebut dengan mengingati mereka.
Sahabat Perawi
- ‘Abdullah bin al-Jamūḥ RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 118, hadis no. 611. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عبدالله بن الجموح رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: لا يَجِدُ عَبْدٌ صَرِيحَ الإيمانِ حتى يُحِبً لله ويُبْغِضَ لله، فإذا أحبَّ لله وأبغض لله فقدِ استحق الولايةَ مِنَ الله عز وجَل وإنْ أَحِبَّائي وأوليائي من عِبَادي وخَلْقِي الذين يُذْكَرونَ بذكرِي وأُذْكَر بذِكْرِهم. [ابن قانع، حم، عم، طب، الضعيفة (5621)]
(Daif) Daripada ‘Abdullah ibn al-Jamūḥ RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Seorang hamba itu tidak akan mendapati iman yang jelas sehinggalah dia mencintai dan membenci kerana Allah SWT. Apabila dia telah mencintai dan membenci kerana Allah maka dia telah berhak mendapat kewalian daripada Allah. Sesungguhnya kekasih-Ku dan para wali-Ku daripada kalangan hamba dan makhluk-Ku ialah mereka yang disebut dengan mengingati-Ku dan Aku disebut dengan mengingati mereka.[Riwayat Ibn Qāni‘ dalam Mu‘jam al-Ṣaḥābah, al-Ṭabarānī dalam Mu‘jam al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5621]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman