Seorang hamba itu diperlakukan berdasarkan sangkaannya kepada Allah Azza wa jalla

TEKS BAHASA ARAB

العبد عند ظنه بالله -عز وجل-، وهو مع أحبابه يوم القيامة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Seorang hamba itu diperlakukan berdasarkan sangkaannya kepada Allah Azza wa jalla, dan dia akan dibangkitkan bersama-sama orang yang dia cintai pada hari kiamat.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 477, hadis nombor 2561. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أبي هريرة –رضي الله عنه- مرفوعا: ((العبد عند ظنه بالله -عز وجل-، وهو مع أحبابه يوم القيامة)). [عد، فر، أبو الذكواني في ((اثنى عشر مجلسا))، ((الضعيفة)) (3930)]

(Sangat lemah)
Daripada Abu Hurairah RA, beliau meriwayatkan secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Seorang hamba itu diperlakukan berdasarkan sangkaannya kepada Allah Azza wa jalla, dan dia akan dibangkitkan bersama-sama orang yang dia cintai pada hari kiamat.”
[Riwayat Ibn ‘Adi dalam al-Kamil fi al-Du’afa’ dan Abu al-Zakwani dalam 12 Majlis. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 3930]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs