Seorang hamba itu adalah daripada Allah SWT dan dia daripadanya selama mana dia tidak dijadikan pembantu

TEKS BAHASA ARAB

العبد من الله؛ وهو منه ما لم يخدم، فإذا خدم وقع عليه الحساب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Seorang hamba itu adalah daripada Allah SWT, dan dia daripadaNya selama mana dia tidak dijadikan pembantu. Apabila dia telah dijadikan pembantu maka berlakulah ke atas dirinya hisab.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 71, hadis nombor 336. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن أبي الدرداء -رضي الله عنه- أنه كتب إلى سليمان: يا أخي! أنبئت أنك اشتريت خادماً، فإني سمعت رسول الله – صلى الله عليه وسلم – يقول: ((‌العبد ‌من ‌الله؛ ‌وهو ‌منه ‌ما ‌لم ‌يخدم، ‌فإذا ‌خدم ‌وقع ‌عليه ‌الحساب)).
[فر، ((الضعيفة)) (‌‌3931)]

(Lemah)
Daripada Abū al-Dardā’ RA bahawa beliau telah menulis kepada Sulaymān: ‘’Wahai saudaraku, aku telah diberitahu bahawa engkau telah membeli seorang pembantu, dan sesungguhnya aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Seorang hamba itu adalah daripada Allah SWT, dan dia daripadaNya selama mana dia tidak dijadikan pembantu. Apabila dia telah dijadikan pembantu maka berlakulah ke atas dirinya hisab.”
[Riwayat al-Daylamī dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah (3931).

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs