Seorang hamba daripada Bani Israel beribadat dalam rumah ibadatnya selama 60 tahun

TEKS BAHASA ARAB

تعبد ‌عابد من بني إسرائيل، فعبد الله في صومعته ستين عاما، فأمطرت الأرض؛ فاخضرت، فأشرف الراهب من صومعته، فقال: لو نزلت فذكرت الله فازددت خيرا، فنزل ومعه رغيف أو رغيفان، فبينما هو في الأرض لقيته امرأة، فلم يزل يكلمها وتكلمه حتى غشيها، ثم أغمي عليه، فنزل الغدير يستحم، فجاءه سائل، فأومأ إليه أن يأخذ الرغيفين أو الرغيف، ثم مات، فوزنت عبادة ستين سنة بتلك الزنية، فرجحت الزنية بحسناته، ثم وضع الرغيف أو الرغيفان مع حسناته، فرجحت حسناته، فغفر له.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Seorang hamba daripada Bani Israel beribadat dalam rumah ibadatnya selama 60 tahun, lalu bumi dibasahi hujan lalu bumi pun menghijau. Lalu rahib itu bangun dari tempat ibadah dan berkata: Jika aku turun dan berzikir kepada Allah nescaya akan bertambah kebaikanku. Lalu dia turun bersama sebuku atau dua buku roti. Tatkala dia berada di bawah, dia berjumpa dengan seorang wanita. Lalu dia bercakap-cakap dengan wanita itu sehingga dia bersetubuh dengannya. Kemudian dia pengsan. Lalu dia turun mengambil air untuk mandi. Lalu datang seseorang meminta roti lalu dia memberikan kepadanya. Kemudian dia meninggal dunia. Lalu ditimbang amal ibadahnya selama 60 tahun dengan zina tersebut, lalu zina tersebut lebih banyak berbanding kebaikannya. Kemudian diletakkan roti tadi bersama kebaikannya lalu timbangan kebaikannya menjadi lebih berat, lalu dia diampunkan.

STATUS

Sangat Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 702, hadis nombor 3598. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر جدا) عن أبي ذر -رضي الله عنه-، قال: قال صلى الله عليه وسلم: ‌((تعبد ‌عابد من بني إسرائيل، فعبد الله في صومعته ستين عاما، فأمطرت الأرض؛ فاخضرت، فأشرف الراهب من صومعته، فقال: لو نزلت فذكرت الله فازددت خيرا، فنزل ومعه رغيف أو رغيفان، فبينما هو في الأرض لقيته امرأة، فلم يزل يكلمها وتكلمه حتى غشيها، ثم أغمي عليه، فنزل الغدير يستحم، فجاءه سائل، فأومأ إليه أن يأخذ الرغيفين أو الرغيف، ثم مات، فوزنت عبادة ستين سنة بتلك الزنية، فرجحت الزنية بحسناته، ثم وضع الرغيف أو الرغيفان مع حسناته، فرجحت حسناته، فغفر له)). [حب، ((الضعيفة)) (٦٨٧٥)]

(Sangat Munkar) Daripada Abū Dzar RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Seorang hamba daripada Bani Israel beribadat dalam rumah ibadatnya selama 60 tahun, lalu bumi dibasahi hujan lalu bumi pun menghijau. Lalu rahib itu bangun dari tempat ibadah dan berkata: Jika aku turun dan berzikir kepada Allah nescaya akan bertambah kebaikanku. Lalu dia turun bersama sebuku atau dua buku roti. Tatkala dia berada di bawah, dia berjumpa dengan seorang wanita. Lalu dia bercakap-cakap dengan wanita itu sehingga dia bersetubuh dengannya. Kemudian dia pengsan. Lalu dia turun mengambil air untuk mandi. Lalu datang seseorang meminta roti lalu dia memberikan kepadanya. Kemudian dia meninggal dunia. Lalu ditimbang amal ibadahnya selama 60 tahun dengan zina tersebut, lalu zina tersebut lebih banyak berbanding kebaikannya. Kemudian diletakkan roti tadi bersama kebaikannya lalu timbangan kebaikannya menjadi lebih berat, lalu dia diampunkan. [Riwayat Ibn Ḥibbān dalam Ṣaḥīḥ Ibn Ḥibbān. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6875]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs