Seorang hamba dari Bani Israel rajin beribadat, dia beribadah kepada Allah selama 60 tahun di tempat ibadahnya

TEKS BAHASA ARAB

تعبد عابد من بني إسرائيل، فعبد الله في صومعته ستين عاما، فأمطرت الأرض، فاخضرت، فأشرف الراهب من صومعته، فقال: لو نزلت فذكرت الله، فازددت خيرا، فنزل ومعه رغيف أو رغيفان، فبينما هو في الأرض، لقيته امرأة، فلم يزل يكلمها وتكلمه، حتى غشيها، ثم أغمي عليه، فنزل الغدير يستحم، فجاءه سائل، فأومأ إليه أن يأخذ الرغيفين، أو الرغيف، ثم مات، فوزنت عبادة ستين سنة بتلك الزنية، فرجحت الزنية بحسناته، ثم وضع الرغيف أو الرغيفان مع حسناته، فرجحت حسناته فغفر له.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Seorang hamba dari Bani Israel rajin beribadat, dia beribadah kepada Allah selama 60 tahun di tempat ibadahnya. Lalu hujan turun dan bumi menghijau. Lalu rahib itu naik ke atas tempat ibadahnya dan berkata: Jika engkau turun dan engkau berzikir kepada Allah nescaya engkau akan menambah kebaikan, lalu dia turun dan padanya ada satu atau dua adunan roti, ketika dia sampai di bawah dia berjumpa dengan seorang wanita. Lalu dia bercakap-cakap dengannya dan wanita itu bercakap dengannya sehingga dia menggauli wanita itu, kemudian dia pengsan. Kemudian dia turun ke dalam air untuk mandi. Lalu datang seorang yang memerlukan, lalu dia mengisyaratkan supaya mengambil satu atau dua adunan roti itu. Kemudian dia meninggal dunia, lalu ditimbang ibadahnya selama 60 tahun berbanding perbuatan zinanya itu, lalu perbuatan zina itu melebihi kebaikannya, kemudian diletakkan satu atau dua adunan roti itu bersama kebaikannya. Lalu kebaikannya menjadi lebih berat lalu dia diampunkan.

STATUS

Sangat Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 822 – 823 , hadis nombor 4229. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر جدا) عن أبي ذر –رضي الله عنه- قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((تعبد عابد من بني إسرائيل، فعبد الله في صومعته ستين عاما، فأمطرت الأرض، فاخضرت، فأشرف الراهب من صومعته، فقال: لو نزلت فذكرت الله، فازددت خيرا، فنزل ومعه رغيف أو رغيفان، فبينما هو في الأرض، لقيته امرأة، فلم يزل يكلمها وتكلمه، حتى غشيها، ثم أغمي عليه، فنزل الغدير يستحم، فجاءه سائل، فأومأ إليه أن يأخذ الرغيفين، أو الرغيف، ثم مات، فوزنت عبادة ستين سنة بتلك الزنية، فرجحت الزنية بحسناته، ثم وضع الرغيف أو الرغيفان مع حسناته، فرجحت حسناته فغفر له)).
[حب، ((الضعيفة)) (6875)]

(Sangat Munkar) Daripada Abu Dzar RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Seorang hamba dari Bani Israel rajin beribadat, dia beribadah kepada Allah selama 60 tahun di tempat ibadahnya. Lalu hujan turun dan bumi menghijau. Lalu rahib itu naik ke atas tempat ibadahnya dan berkata: Jika engkau turun dan engkau berzikir kepada Allah nescaya engkau akan menambah kebaikan, lalu dia turun dan padanya ada satu atau dua adunan roti, ketika dia sampai di bawah dia berjumpa dengan seorang wanita. Lalu dia bercakap-cakap dengannya dan wanita itu bercakap dengannya sehingga dia menggauli wanita itu, kemudian dia pengsan. Kemudian dia turun ke dalam air untuk mandi. Lalu datang seorang yang memerlukan, lalu dia mengisyaratkan supaya mengambil satu atau dua adunan roti itu. Kemudian dia meninggal dunia, lalu ditimbang ibadahnya selama 60 tahun berbanding perbuatan zinanya itu, lalu perbuatan zina itu melebihi kebaikannya, kemudian diletakkan satu atau dua adunan roti itu bersama kebaikannya. Lalu kebaikannya menjadi lebih berat lalu dia diampunkan.”
[Riwayat Sahih Ibn Hibban. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6875]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs