Seorang hakim yang adil dibangkitkan pada hari kiamat menghadapi satu hisab yang amat sukar

TEKS BAHASA ARAB

إن القاضي العادل ليجاء به يوم القيامة، فيلقى من شدة الحساب ما يتمنى أن لا يكون قضى بين اثنين في تمرة قط.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya seorang hakim yang adil dibangkitkan pada hari kiamat, lalu dia menghadapi satu hisab yang amat sukar, sehinggakan dia merasakan tidak mahu menghakimi antara dua orang yang bergaduh tentang satu biji kurma pun.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1827, hadis nombor 9210. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عائشة -رضي الله عنها- مرفوعا: ((إن القاضي العادل ليجاء به يوم القيامة، فيلقى من شدة الحساب ما يتمنى أن لا يكون قضى بين اثنين في تمرة قط)). [عق، ((الضعيفة)) (3138)]

(Lemah) Daripada ‘Āishah RA berkata, Nabi SAW bersabda: “Sesungguhnya seorang hakim yang adil dibangkitkan pada hari kiamat, lalu dia menghadapi satu hisab yang amat sukar, sehinggakan dia merasakan tidak mahu menghakimi antara dua orang yang bergaduh tentang satu biji kurma pun.” [Riwayat al-‘Uqaylī dalam al-Ḍu‘afā’ al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3138]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs