Seorang guru pada kaumnya umpama nabi pada umatnya

TEKS BAHASA ARAB

الشيخ في قومه كالنبي في أمته.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Seorang guru pada kaumnya umpama nabi pada umatnya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘, di halaman 115, hadis nombor 169. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

أخرجه ابن حبان والديلمي، ضعيف جدا. وفي ((المقاصد)): جزم شيخنا وغيره بأنه موضوع، وإنما هو كلام بعض السلف.

Dikeluarkan oleh Ibn Hibban dan al-Dailami, sangat lemah. Dalam Kitab al-Maqasid: Guru kami dan selainnya mengesahkan bahawa ia adalah palsu dan ia merupakan kalam sebahagian salaf.

RUJUKAN

Mulla ‘Ali al-Qari. (1398H). Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘ (‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ed.). Muassasah al-Risalah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.