Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
الشَّيْخُ فِي قَوْمِهِ كَالنَّبِيِّ فِي أُمَّتِهِ.
Teks Bahasa Melayu
Seorang guru pada kaumnya umpama nabi pada umatnya.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘, di halaman 115, hadis no. 169. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
أخرجه ابن حبان والديلمي، ضعيف جدا. وفي ((المقاصد)): جزم شيخنا وغيره بأنه موضوع، وإنما هو كلام بعض السلف.
Dikeluarkan oleh Ibn Hibban dan al-Dailami, sangat lemah. Dalam Kitab al-Maqasid: Guru kami dan selainnya mengesahkan bahawa ia adalah palsu dan ia merupakan kalam sebahagian salaf.
Rujukan
Mulla ‘Ali al-Qari. (1398H). Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘ (‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ed.). Muassasah al-Risalah.
Makluman