Seorang bayi yang mati keguguran berada di hadapanku lebih aku sukai

TEKS BAHASA ARAB

لسقط أقدمه بين يدي أحب إلي من فارس أخلفه ورائي.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Seorang bayi yang mati keguguran berada di hadapanku lebih aku sukai berbanding penunggang kuda yang aku tempatkan di belakangku (iaitu berbanding anak yang mati selepas kematianku).

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Abu Ishaq Al-Huwaini حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan lemah beliau berjudul Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah, di halaman 106, hadis nombor 87. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

منكر.
أخرجه ابن ماجه (1607) من طريق خالد بن مخلد، ثنا يزيد بن عبد الملك، عن يزيد بن رومان، عن أبي هريرة مرفوعا. فذكره.
قلت: وهذا سند واه، وله ثلاث علل:
الأولى: ضعف يزيد بن عبد الملك؛ قال البخاري: ضعفه أحمد وتركه النسائي. وقال ابن عبد البر: أجمعوا على ضعفه. ويعني بالإجماع: الأكثر، وإلا فقد مشى ابن معين أمره، فقال في رواية: لا بأس به.
الثانية: الانقطاع بين يزيد بن رومان وأبي هريرة. صرح بذلك المزي في تحفة الأشراف (10/ 419) .
الثالثة: الاختلاف على يزيد بن عبد الملك في إسناده فمرة يرويه عن يزيد بن رومان عن أبي هريرة كما مر ذكره ومرة يرويه سهيل بن أبي صالح عن أبيه عن أبي هريرة مرفوعا. أخرجه العقيلي في الضعفاء (ق 231/ 1) وابن عدي في الكامل (7/ 27162715) وابن الجوزي في الواهيات (2/ 906) – ومرة يرويه عن يزيد بن خصيفة عن السائب عن عمر بن الخطاب مرفوعا. أخرجه ابن عدي (7/ 2716) وهذا الاختلاف إنما هو من يزيد النوفلي وهوَ ضعيف كما سبق ذكره. وهنذا يوجب ضعف الحديث. والله أعلم. ولذا قال العقيلي: لا يتابع حديثه، إلا جهة لا تصح. وقال ابن الجوزي: هذا حديث لا يصح. والسقط: هو الجنين الذي يسقط قبل تمامه.

Munkar. Hadith tersebut telah dikeluarkan oleh Ibn Majah (1607) melalui sanad Khalid bin Makhlad, katanya Yazid bin ‘Abd al-Malik telah menceritakan kepada kami daripada Yazid bin Ruman daripada Abu Hurairah secara marfu’, lalu beliau menyebutkan hadith itu. Saya berkata: Sanad ini Wahin (Terlalu Dha’if), ianya mengandungi tiga kecacatan:
Pertama: Yazid bin ‘Abd al-Malik seorang yang dha’if. Al-Bukhari berkata: "Ahmad telah menilai beliau sebagai dha’if", al-Nasa’ei pula meninggalkan riwayat beliau. Ibn ‘Abd al-Bar berkata: "Mereka sepakat menilai beliau sebagai dha’if". Maksud sepakat tersebut adalah kebanyakan, kerana Ibn Ma’in terkecuali, beliau berkata dalam satu riwayat: "Beliau tidak ada masalah".
Kedua: Terputus sanad antara Yazid bin Ruman dan Abu Hurairah. Al-Mizzi telah menyebutkan dengan jelas tentang itu dalam Tuhfah al-Ashraf (10/419).
Ketiga: Berlaku perbezaan riwayat terhadap Yazid bin ‘Abd al-Malik dalam sanadnya. Sekali lagi beliau meriwayatkannya daripada Yazid bin Ruman daripada Abu Hurairah, sebagaimana yang lepas. Yang lain pula beliau meriwayatkannya daripada Suhail bin Abi Soleh daripada ayahnya daripada Abu Hurairah secara marfu’. Ianya telah dikeluarkan oleh al-‘Uqaili dalam al-Dhu’afa’ (hlm. 231/1), Ibn ‘Adi dalam al-Kamil (7/2715, 2716), dan Ibn al-Jawzi dalam al-Wahiyat (2/906). Di tempat yang lain pula beliau meriwayatkannya daripada Yazid bin Khasifah daripada al-Sa’ib daripada ‘Umar bin al-Khattab secara marfu’. Ianya telah dikeluarkan oleh Ibn ‘Adi (7/2716).
Perbezaan ini sebenarnya berpunca daripada Yazid al-Nawfali, beliau seorang yang dha’if sebagaimana yang telah disebutkan. Oleh sebab ini, hadith tersebut menjadi dha’if. Wallahua’lam. Oleh kerana itu jugalah al-‘Uqaili berkata: "Hadith beliau tidak ada sokongan, kecuali melalui sanad yang tidak sahih". Juga Ibn al-Jawzi berkata: "Hadith ini tidak sahih". Saqt bermaksud janin yang gugur sebelum cukup sifatnya.

RUJUKAN

Abu Ishaq Al-Huwaini. (1988). Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah. Dar al-Sahabah Li al-Turath.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs