Seorang arab badwi mengadu kepada Nabi SAW berkenaan nafsu kepada wanita dan kelaparan

TEKS BAHASA ARAB

حديث: إن أعرابيا شكا إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم الشبق والجوع فأمره أن يتزوج أول امرأة يلقاها لا زوج له


TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Seorang Arab Badwi mengadu kepada Nabi SAW berkenaan nafsu kepada wanita dan kelaparan, maka Nabi memerintahkannya mengahwini wanita pertama yang dia temui yang belum berkahwin.


STATUS

Palsu


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 119, hadis nombor 3. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:


في قصة مطولة ذكرها عبد بن حميد عن عبد الله بن أبي أوفى مرفوعا وهو موضوع آفته: عبد الرحيم بن هارون الواسطي.
قال في اللآلىء: قلت روى له الترمذي

Kisah yang panjang disebut oleh Abd bin Humaid daripada Abdullah bin Abi Aufa secara marfu'(disandarkan kepada Nabi) sedangkan hadith ini palsu. Kecacatannya terdapat pada perawi bernama Abdul Rahim bin Harun al-Wasithi.
Al-Suyuthi berkata di dalam kitabnya al-La’ali: aku berkata al-Tirmizi meriwayatkan hadith perawi ini.


RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs