Seorang alim tidak akan pernah kenyang daripada (menuntut) ilmu sehingga pengakhirannya ialah syurga

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

لا يشبع عالم من علم حتى يكون منتهاه الجنة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Seorang alim tidak akan pernah kenyang daripada (menuntut) ilmu sehingga pengakhirannya ialah syurga.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 21. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

وَهَذَا وَإِن كَانَ مُفْرَدَات طرقها مَعَ اخْتِلَاف الْأَلْفَاظ ضَعِيفَة لَكِن بمجموعها يتقوى، وكحديث «لَا يشْبع عَالم من علم حَتَّى يكون منتهاه الْجنَّة».

Walaupun jalan periwayatan dan perbezaan lafaz pada setiap jalan riwayat tersebut adalah lemah akan tetapi apabila dikumpulkan Ia akan menjadi penguat. Begitu juga hadis:
“Seorang alim tidak akan pernah kenyang daripada (menuntut) ilmu sehingga pengakhirannya ialah syurga.”

RUJUKAN

Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī Al-Fattanī. (1343). Taẓkirah Al-Mawḍū’āt. Idārah Al-Ṭibā‘ah Al-Munīrah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.