Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
تَعَبَّدَ عابدٌ مِن بَني إسرائيلَ فعَبَدَ اللهَ في صَومَعتِه سِتِّين عامًا فأَمطَرَتِ الأرضُ فاخضَرَّتْ، فأَشرَفَ الرَّاهبُ مِن صَومَعتِه، فقال: لو نَزَلْتُ فذَكَرْتُ اللهَ فازْدَدْتُ خَيرًا فنَزَلَ ومعه رَغيفٌ أو رَغيفانِ، فبيْنما هو في الأرضِ لَقِيَتْهُ امرأةٌ فلمْ يَزَلْ يُكلِّمُها وتُكلِّمُه حتَّى غَشيَها، ثمَّ أُغميَ عليه فنَزَلَ الغَديرَ يَستَحِمُّ، فجاءَهُ سائلٌ فأَومَى إليه أنْ يَأخُذَ الرَّغيفَينِ أوِ الرَّغيفَ ثمَّ ماتَ فوُزِنَتْ عِبادةُ سِتِّينَ سَنَةً بتِلكَ الزَّنيةِ، فرَجَحَتِ الزَّنيةُ بحسناتِه ثمَّ وُضِعَ الرَّغيفُ أوِ الرَّغيفانِ مع حسناتِه فرَجَحَتْ حسناتُه، فغُفِرَ له.
Teks Bahasa Melayu
Seorang ahli ibadat Bani Israel beribadat kepada Allah di tempatnya selama 60 tahun kemudian hujan turun dan tanah menjadi hijau. Ahli ibadat itu menjengah dari tempat ibadatnya lalu berkata: Sekiranya aku turun kemudian aku mengingati Allah, maka bertambahlah kebaikan kepaaku. Lalu ahli ibadat itu turun. Beliau membawa bersama satu atau dua potong roti. Ketika dia berada di satu tempat, seorang perempuan menemuinya kemudian ahli ibadat tersebut berterusan berbual dengan wanita tersebut sehinggalah mereka berdua berzina lalu pengsan. Apabila dia sedar, dia pergi untuk membuang air lalu datang seseorang yang meminta sedekah kepadanya, lalu dia mengisyaratkan kepada orang tersebut untuk mengambil dua atau satu potong roti tersebut kemudian ahli ibadat tersebut mati. Kemudian ibadahnya yang dilakukan selama 60 tahun ditimbang dengan zina yang dilakukan, didapati dosa berzina itu lebih berat daripada ibadah-ibadah tersebut. Tetapi apabila diletakkan satu atau dua potong roti tersebut bersama dengan kebaikan yang pernah dilakukan, maka kebaikannya lebih berat dan dia diberi keampunan.
Sahabat Perawi
- Abu Zar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 905-906, hadis no. 4634. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر جدا) عن أبي ذر رضي الله عنه قال: قال صلى الله عليه وسلم: تعبد عابد من بني إسرائيل فعبد الله في صومعته ستين عاما فأمطرت الأرض فاخضرت فأشرف الراهب من صومعته فقال: لو نزلت فذكرت الله فازددت خيرا فنزل ومعه رغيف أو رغيفان فبينما هو في الأرض لقيته امرأة فلم يزل يكلمها وتكلمه حتى غشيها ثم أغمي عليه فنزل الغدير يستحم فجاءه سائل فأومأ إليه أن يأخذ الرغيفين أو الرغيف ثم مات فوزنت عبادة ستين سنة بتلك الزنية فرجحت الزنية بحسناته ثم وضع الرغيف أو الرغيفان مع حسناته فرجحت حسناته فغفر له. [حب, الضعيفة (6875)]
(Terlalu Munkar) Daripada Abu Zar RA, beliau berkata bahawa Nabi SAW bersabda: Seorang ahli ibadat Bani Israel beribadat kepada Allah di tempatnya selama 60 tahun kemudian hujan turun dan tanah menjadi hijau. Ahli ibadat itu menjengah dari tempat ibadatnya lalu berkata: Sekiranya aku turun kemudian aku mengingati Allah, maka bertambahlah kebaikan kepaaku. Lalu ahli ibadat itu turun. Beliau membawa bersama satu atau dua potong roti. Ketika dia berada di satu tempat, seorang perempuan menemuinya kemudian ahli ibadat tersebut berterusan berbual dengan wanita tersebut sehinggalah mereka berdua berzina lalu pengsan. Apabila dia sedar, dia pergi untuk membuang air lalu datang seseorang yang meminta sedekah kepadanya, lalu dia mengisyaratkan kepada orang tersebut untuk mengambil dua atau satu potong roti tersebut kemudian ahli ibadat tersebut mati. Kemudian ibadahnya yang dilakukan selama 60 tahun ditimbang dengan zina yang dilakukan, didapati dosa berzina itu lebih berat daripada ibadah-ibadah tersebut. Tetapi apabila diletakkan satu atau dua potong roti tersebut bersama dengan kebaikan yang pernah dilakukan, maka kebaikannya lebih berat dan dia diberi keampunan. [Sahih Ibn Hibban, Al-Dha’ifah no 6875].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman