Seorang ahli ibadah dalam kalangan Bani Israil telah mengerjakan ibadah

TEKS BAHASA ARAB

تعبد عابد من بني إسرائيل، فعبد الله في صومعته ستين عاما، فأمطرت الأرض، فاخضرت، فأشرف الراهب من صومعته، فقال: لو نزلت فذكرت الله فازددت خيرا، فنزل ومعه رغيف أو رغيفان، فبينما هو في الأرض لقيته امرأة، فلم يزل يكلمها وتكلمه حتى غشيها، ثم أغمي عليه، فنزل الغدير يستحم، فجاءه سائل، فأومى إليه أن يأخذ الرغيفين أو الرغيف، ثم مات، فوزنت عبادة ستين سنة بتلك الزنية، فرجحت الزنية بحسناته، ثم وضع الرغيف أو الرغيفان مع حسناته، فرجحت حسناته، فغفر له.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Seorang ahli ibadah dalam kalangan Bani Israil telah mengerjakan ibadah. Dia menyembah Allah di tempat pertapaannya selama 60 tahun. Lalu hujan turun di atas muka bumi, kemudian ia menghijau (dengan tumbuhan). Pendeta itu memerhatikannya dari tempat pertapaannya, lalu berkata: Sekiranya aku turun ke bawah dan berzikir kepada Allah nescaya bertambahlah kebaikan bagiku. Kemudian dia turun dan bersamanya ada sepotong roti atau dua potong roti. Ketika dia berada di bawah, seorang wanita menemuinya. Dia berbual dengan wanita itu dan dia (wanita) berbual dengannya (pendeta) dengan asyik sehinggalah dia menggauli wanita tersebut. Kemudian, dia tidak sedarkan diri. Dia turun ke sebatang anak sungai untuk mandi, lalu seorang peminta sedekah datang kepadanya. Dia memberikan isyarat kepada peminta sedekah itu untuk mengambil dua potong roti atau sepotong roti. Kemudian pendeta itu mati, lalu ditimbang ibadahnya selama 60 tahun itu dengan perzinaan yang dia lakukan. Perbuatan zina tersebut mengungguli kebaikan-kebaikannya. Kemudiannya diletakkan sepotong roti atau dua potong roti (yang dia berikan) bersama-sama kebaikan-kebaikannya, kebaikan-kebaikannya mengungguli timbangan tersebut. Lalu, diampunkan dosanya.

STATUS

Sangat Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2071, hadis nombor 10402. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر جدا)
عن أبي ذر – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: تعبد عابد من بني إسرائيل، فعبد الله في صومعته ستين عاما، فأمطرت الأرض، فاخضرت، فأشرف الراهب من صومعته، فقال: لو نزلت فذكرت الله فازددت خيرا، فنزل ومعه رغيف أو رغيفان، فبينما هو في الأرض لقيته امرأة، فلم يزل يكلمها وتكلمه حتى غشيها، ثم أغمي عليه، فنزل الغدير يستحم، فجاءه سائل، فأومى إليه أن يأخذ الرغيفين أو الرغيف، ثم مات، فوزنت عبادة ستين سنة بتلك الزنية، فرجحت الزنية بحسناته، ثم وضع الرغيف أو الرغيفان مع حسناته، فرجحت حسناته، فغفر له.
[حب، ((الضعيفة)) (6875)]

(Sangat Munkar)
Daripada Abū Żar RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Seorang ahli ibadah dalam kalangan Bani Israil telah mengerjakan ibadah. Dia menyembah Allah di tempat pertapaannya selama 60 tahun. Lalu hujan turun di atas muka bumi, kemudian ia menghijau (dengan tumbuhan). Pendeta itu memerhatikannya dari tempat pertapaannya, lalu berkata: Sekiranya aku turun ke bawah dan berzikir kepada Allah nescaya bertambahlah kebaikan bagiku. Kemudian dia turun dan bersamanya ada sepotong roti atau dua potong roti. Ketika dia berada di bawah, seorang wanita menemuinya. Dia berbual dengan wanita itu dan dia (wanita) berbual dengannya (pendeta) dengan asyik sehinggalah dia menggauli wanita tersebut. Kemudian, dia tidak sedarkan diri. Dia turun ke sebatang anak sungai untuk mandi, lalu seorang peminta sedekah datang kepadanya. Dia memberikan isyarat kepada peminta sedekah itu untuk mengambil dua potong roti atau sepotong roti. Kemudian pendeta itu mati, lalu ditimbang ibadahnya selama 60 tahun itu dengan perzinaan yang dia lakukan. Perbuatan zina tersebut mengungguli kebaikan-kebaikannya. Kemudiannya diletakkan sepotong roti atau dua potong roti (yang dia berikan) bersama-sama kebaikan-kebaikannya, kebaikan-kebaikannya mengungguli timbangan tersebut. Lalu, diampunkan dosanya.
[Riwayat Ibn Ḥibbān dalam Ṣaḥīḥnya. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6875]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs