Sentiasalah kamu dalam keadaan solat dan beribadah

TEKS BAHASA ARAB

لا تزال مصليا قانتا؛ ما ذكرت الله قائما وقاعدا، أو في سوقك، أو في ناديك، أو حيثما كنت.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sentiasalah kamu dalam keadaan solat dan beribadah, selama kamu mengingati Allah dalam keadaan berdiri, duduk, atau di pasar, di tempat kamu duduk, atau di mana sahaja kamu berada.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 301, hadis nombor 1591. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن يحيى بن أبي كثير، قال: قال – صلى الله عليه وسلم – لرجل: ((لا تزال مصليا قانتا؛ ما ذكرت الله قائما وقاعدا، أو في سوقك، أو في ناديك، أو حيثما كنت)).
[هب، ((الضعيفة)) (4988)]

(Lemah) Daripada Yahya bin Abi Katsir beliau berkata: Rasulullah SAW berkata kepada seorang lelaki: Sentiasalah kamu dalam keadaan solat dan beribadah, selama kamu mengingati Allah dalam keadaan berdiri, duduk, atau di pasar, di tempat kamu duduk, atau di mana sahaja kamu berada.
[Riwayat Syu’ab al-Iman oleh al-Baihaqi. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 4988]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs