Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
تَنَظَّفُوا بكلِّ ما استطعتم، فإن اللهَ بَنَى الإسلامَ على النظافةِ، ولن يَدخُلَ الجنةَ إلا كلُّ نظيفٍ.
Teks Bahasa Melayu
Sentiasalah kalian dalam keadaan bersih sekadar yang termampu. Kerana sesungguhnya Allah telah membina Islam di atas dasar kebersihan, dan tidak akan memasuki syurga melainkan orang yang pembersih sahaja.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 205, hadis no. 1074. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Palsu) Daripada Abu Hurairah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sentiasalah kalian dalam keadaan bersih sekadar yang termampu. Kerana sesungguhnya Allah telah membina Islam di atas dasar kebersihan, dan tidak akan memasuki syurga melainkan orang yang pembersih sahaja. [Riwayat al-Rafi’ie. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3264]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman