TEKS BAHASA ARAB
لا يزال قوم يتخلفون عن الصف الأول حتى يخلفهم الله في النار.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sentiasa ada sekumpulan orang yang meninggalkan saf pertama, sehingga Allah meninggalkan mereka tinggal di dalam neraka.
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 343, hadis nombor 1800. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عَنْ عَائِشَةَ -رضي الله عنها-، قَالَتْ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «لا يزال قوم يتخلفون عن الصف الأول حتى يخلفهم الله في النار». [عب، «الضعيفة» (6442)]
(Munkar) Daripada ‘Ā`ishah RA, beliau telah berkata: Rasulullah ﷺ telah bersabda: Sentiasa ada sekumpulan orang yang meninggalkan saf pertama, sehingga Allah meninggalkan mereka tinggal di dalam neraka. [Riwayat ‘Abdul Razzāq dalam kitab al-Muṣannaf. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6442]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.