Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لا يَزالُ أَربَعونَ رَجلًا مِن أُمَّتي، قُلوبُهم عَلى قلْبِ إبراهيمَ عليهِ السَّلامُ، يَدفَعُ اللهُ بِهِم عنْ أهلِ الأَرضِ، يُقالُ لَهم: الأَبْدالُ؛ إنَّهم لَن يُدرِكوها بِصَلاةٍ وَلا صومٍ ولا صَدقةٍ، قالوا: يا رَسولَ اللهِ، فبِمَ أَدرَكوها؟ قال: بِالسَّخاءِ وَالنَّصيحةِ لِلمُسلِمينَ.
Teks Bahasa Melayu
Sentiasa ada empat puluh orang lelaki daripada kalangan umat aku, jantung hati mereka berada pada jantung hati Ibrahim. Dengan mereka Allah lindung penduduk bumi. Mereka dipanggil Abdal. Mereka tidak mencapainya dengan solat, puasa mahupun sedekah. Para Sahabat bertanya: Lalu dengan apa mereka mencapainya? Nabi SAW bersabda: Dengan sifat pemurah dan nasihat kepada orang Muslim.
Sahabat Perawi
- Ibn Mas'ud RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1898, hadis no. 9545. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Lemah) Daripada Ibn Mas’ud RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sentiasa ada empat puluh orang lelaki daripada kalangan umat aku, jantung hati mereka berada pada jantung hati Ibrahim. Dengan mereka Allah lindung penduduk bumi. Mereka dipanggil Abdal. Mereka tidak mencapainya dengan solat, puasa mahupun sedekah. Para Sahabat bertanya: Lalu dengan apa mereka mencapainya? Nabi SAW bersabda: Dengan sifat pemurah dan nasihat kepada orang Muslim. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5248]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman