Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لا يزال أربعون رجلًا من أمتي؛ قلوبُهم على قلبِ إبراهيمَ، يدفع اللهُ بهم عن أهلِ الأرضِ، يقال لهم: الأبدالُ؛ إنهم لم يدركوها بصلاةٍ، ولا بصومٍ، ولا بصدقةٍ. قالوا: فبم أدركوها؟ قال: بالسخاءِ والنصيحةِ للمسلمين.
Teks Bahasa Melayu
Sentiasa ada empat puluh orang daripada umatku, jantung hati mereka seperti jantung hati Nabi Ibrahim AS. Allah SWT menyelamatkan mereka daripada penduduk bumi. Mereka disebut sebagai al-Abdāl. Sesungguhnya mereka tidak mencapainya (kesempurnaan hati) dengan solat, puasa, dan sedekah. Para sahabat telah bertanya: Dengan apakah mereka mendapatkannya? Baginda SAW telah menjawab: Dengan sikap pemurah dan memberi nasihat kepada kaum muslimin.
Sahabat Perawi
- Ibn Mas‘ūd RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 104, hadis no. 540. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ابن مسعود -رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله -صلى الله عليه وسلم-: لا يزال أربعون رجلاً من أمتي؛ قلوبهم على قلب إبراهيم، يدفع الله بهم عن أهل الأرض، يقال لهم: الأبدال؛ إنهم لم يدركوها بصلاة، ولا بصوم، ولا صدقة، قالوا: فبم أدركوها؟ قال: بالسخاء والنصيحة للمسلمين. [طب، ((الضعيفة)) (5248)]
(Daif) Daripada Ibn Mas‘ūd RA secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sentiasa ada empat puluh orang daripada umatku, jantung hati mereka seperti jantung hati Nabi Ibrahim AS. Allah SWT menyelamatkan mereka daripada penduduk bumi. Mereka disebut sebagai al-Abdāl. Sesungguhnya mereka tidak mencapainya (kesempurnaan hati) dengan solat, puasa, dan sedekah. Para sahabat telah bertanya: Dengan apakah mereka mendapatkannya? Baginda SAW telah menjawab: Dengan sikap pemurah dan memberi nasihat kepada kaum muslimin. [Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5248]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman