Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كلُّ ما تُوعَدُونَ في مِئَةِ سنةٍ.
Teks Bahasa Melayu
Semua yang dijanjikan (tanda-tanda kiamat akan berlaku) dalam tempoh 100 tahun.
Sahabat Perawi
- Thawban RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1325, hadis no. 6763. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ثوبان رضي الله عنه، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: كل ما توعدون في مئة سنة. [البزار، ((الضعيفة)) (2607)]
(Lemah) Daripada Thawban RA telah berkata: Rasulullah SAW bersabda: Semua yang dijanjikan (tanda-tanda kiamat akan berlaku) dalam tempoh 100 tahun. [Riwayat al-Bazzar. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2607]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman