Semua urusan itu, baik dan buruknya adalah daripada Allah

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

الأمور كلها خيرها وشرها من الله، القدر نظام التوحيد، فمن وحد الله وآمن بالقدر فقد استمسك بالعروة الوثقى، لا انفصام لها.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Semua urusan itu, baik dan buruknya adalah daripada Allah. Qadar itu adalah aturan tauhid, maka sesiapa yang mentauhidkan Allah dan beriman dengan Qadar, maka sungguh dia telah berpegang dengan tali yang kukuh yang tidak akan putus.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 566, hadis nombor 2932. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ – رضي الله عنهما –، قَالَ: قَالَ ﷺ: «‌الأمور ‌كلها خيرها وشرها من الله». وقال: «إن القدر نظام التوحيد، فمن وحّد الله وآمن بالقدر فقد استمسك بالعروة الوثقى، ومن لم يؤمن بالقدر؛ كان ناقضاً للتوحيد». وقال: «لا يدخل الجنة مكذب بقدر». [طس، ((الضعيفة)) (4072، 7150)].

(Munkar) Daripada Ibn Abbās RA, beliau berkata: Baginda ﷺ bersabda: “Semua urusan itu, baik dan buruknya adalah daripada Allah”. Baginda juga bersabda: “Qadar itu adalah aturan tauhid, maka sesiapa yang mentauhidkan Allah dan beriman dengan Qadar, maka sungguh dia telah berpegang dengan tali yang kukuh. Manakala sesiapa yang tidak beriman dengan Qadar, dia telah menyanggahi tauhid.” Baginda juga bersabda: “Tidak akan masuk syurga orang yang mendustakan Qadar.” [Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Awsaṭ. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 4072, 7150].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.