Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Semua peratap itu palsu kecuali peratap kematian Hamzah

Teks Bahasa Arab

كلُّ نادِبةٍ كاذبةٌ إلَّا نادِبةَ حمزَةَ.

Teks Bahasa Melayu

Semua peratap itu palsu kecuali peratap kematian Hamzah.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1813, hadis no. 9139. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن المنكدر، قال: أقبل رسولُ الله ﷺ من أحد، فمر على بني عبد الأشهل، ونساء الأنصار يبكين على هلكاهن، يندبنهم، فقال رسول الله ﷺ: لكن حمزة لا بواكي له، قال: فدخل رجال من الأنصار على نسائهم، فقالوا: حولن بكاءكن وندبكن على حمزة. فقام رسول الله ﷺ، فطال قيامه يستمع، ثم انصرف، فقام على المنبر من الغَدِ، فنهى عن النياحة كأشد ما نهى عن شيء قط، وقال: كل نادبة كاذبة، إلا نادبة حمزة. [ابن سعد، ((الضعيفة)) (2143)]

(Palsu) Daripada Ibn al-Munkadir berkata, aku berjumpa dengan Nabi SAW ketika mana baginda pulang dari peperangan Uhud. Kemudian baginda melintasi bani Abd al-Asyhal dan perempuan-perempuan Ansar. Mereka sedang menangisi kematian-kematian pejuang mereka sambil meratapinya. Lalu Rasulullah SAW bersabda: Tiada sesiapapun yang menangisi pemergian Hamzah. Lalu orang-orang Ansar masuk memberi pesan kepada perempuan-perempuan mereka: Cubalah tangisi dan ratapi pemergian Hamzah. Lalu Rasulullah SAW bangun dan lama baginda berdiri. Baginda mendengar (ratapan itu) kemudian berlalu pergi. Keesokan harinya baginda naik ke atas mimbar dan melarang sekerasnya ratapan terhadap si mati. Lalu baginda SAW bersabda: Semua peratap itu palsu kecuali peratap kematian Hamzah. [Riwayat Ibn Sa’d. Lihat Silsilah al-Dhaifah, no. 2143]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.