Semua mata akan menangis pada hari kiamat

TEKS BAHASA ARAB

كل عين باكية يوم القيامة إلا عين غضت عن محارم الله وعين سهرت في سبيل الله وعين خرج منها رأس الذباب من خشية الله عز وجل

TEKS BAHASA MALAYSIA

Semua mata akan menangis pada hari kiamat melainkan mata yang tidak melihat perkara yang diharamkan Allah SWT, mata yang berjaga malam di jalan Allah dan mata yang keluar daripadanya sebesar kepala lalat kerana takut kepada Allah SWT.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1011-1012, hadis nombor 5211. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي هريرة رضي الله عنهما مرفوعا: كل عين باكية يوم القيامة إلا عين غضت عن محارم الله وعين سهرت في سبيل الله وعين خرج منها رأس الذباب من خشية الله عز وجل. [الأصفهاني, الضعيفة (5144)]

(Lemah) Daripada Abu Hurairah RA, beliau meriwayatkan secara marfu’: Semua mata akan menangis pada hari kiamat melainkan mata yang tidak melihat perkara yang diharamkan Allah SWT, mata yang berjaga malam di jalan Allah dan mata yang keluar daripadanya sebesar kepala lalat kerana takut kepada Allah SWT. [Al-Asfahani, al-Dhai’fah no. 5144].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs