Semua makanan yang tidak dibacakan nama Allah padanya maka sesungguhnya ia adalah penyakit

TEKS BAHASA ARAB

كل طعام لا يذكر اسم الله عليه فإنما هو داء؛ ولا بركة فيه، وكفارة ذلك: إن كانت المائدة موضوعة أن تسمي وتعيد يدك، وإن كانت قد رفعت أن تسمي الله وتلعق أصابعك.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Semua makanan yang tidak dibacakan nama Allah padanya maka sesungguhnya ia adalah penyakit serta tidak ada keberkatan padanya dan terdapat kafarah (balasan buruk) bagi perkara tersebut. Sekiranya hidangan telah dihidangkan maka hendaklah kamu membaca Bismillah serta mengulang semula tangan kamu (iaitu memulakan makan semula). Dan sekiranya hidangan telah diangkat, maka hendaklah kamu membaca Bismillah dan menjilat jari jemari kamu.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 226, hadis nombor 1198. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن عقبة بن عامر – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((كل طعام لا يذكر اسم الله عليه فإنما هو داء؛ ولا بركة فيه، وكفارة ذلك: إن كانت المائدة موضوعة أن تسمي وتعيد يدك، وإن كانت قد رفعت أن تسمي الله وتلعق أصابعك)). [ابن عساكر، ((الضعيفة)) (5914)]

(Munkar)
Daripada ‘Uqbah bin ‘Amir RA beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Semua makanan yang tidak dibacakan nama Allah padanya maka sesungguhnya ia adalah penyakit serta tidak ada keberkatan padanya dan terdapat kafarah (balasan buruk) bagi perkara tersebut. Sekiranya hidangan telah dihidangkan maka hendaklah kamu membaca Bismillah serta mengulang semula tangan kamu (iaitu memulakan makan semula). Dan sekiranya hidangan telah diangkat, maka hendaklah kamu membaca Bismillah dan menjilat jari jemari kamu.
[Riwayat Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5914]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs