Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كلُّ طعامٍ لا يذكرُ اسمُ الله عليهِ فإنَّما هوَ داءٌ ولا برَكةَ فيهِ وكفارة ذلك إن كانتِ المائدةُ موضوعةً أن تسمِّي وتعيدَ يدَك وإن كانت قد رفعتِ أن تسمِّيَ الله وتلعقَ أصابعَك.
Teks Bahasa Melayu
Semua makanan yang tidak dibacakan nama Allah padanya maka sesungguhnya ia adalah penyakit serta tidak ada keberkatan padanya dan terdapat kafarah (balasan buruk) bagi perkara tersebut. Sekiranya hidangan telah dihidangkan maka hendaklah kamu membaca Bismillah serta mengulang semula tangan kamu (iaitu memulakan makan semula). Dan sekiranya hidangan telah diangkat, maka hendaklah kamu membaca Bismillah dan menjilat jari jemari kamu.
Sahabat Perawi
- ‘Uqbah Bin ‘Amir RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 226, hadis no. 1198. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Munkar) Daripada ‘Uqbah bin ‘Amir RA beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Semua makanan yang tidak dibacakan nama Allah padanya maka sesungguhnya ia adalah penyakit serta tidak ada keberkatan padanya dan terdapat kafarah (balasan buruk) bagi perkara tersebut. Sekiranya hidangan telah dihidangkan maka hendaklah kamu membaca Bismillah serta mengulang semula tangan kamu (iaitu memulakan makan semula). Dan sekiranya hidangan telah diangkat, maka hendaklah kamu membaca Bismillah dan menjilat jari jemari kamu. [Riwayat Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5914]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman