Sangat lemah

30/06/2024

minit bacaan



Semua makanan dan minuman yang terjatuh ke dalamnya binatang yang tidak mempunyai darah lalu ia mati

Teks Bahasa Arab

يا سَلمانُ! كلُّ طعامٍ وشرابٍ وقعت فيهِ دابةٌ ليسَ لَها دمٌ، فماتت فيهِ؛ فَهوَ حلالٌ أَكْلُهُ وشربُهُ ووضوؤهُ.

Teks Bahasa Melayu

Wahai Salman! Semua makanan dan minuman yang terjatuh ke dalamnya binatang yang tidak mempunyai darah lalu ia mati, maka halal makanan dan minumannya, juga halal berwuduk dengannya.

Sahabat Perawi

  1. Salman RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Sangat lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1212, hadis no. 6172. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن سلمان رضي الله عنه مرفوعا: يا سلمان! كل طعام وشراب وقعت فيه دابة ليس لها دم، فماتت فيه؛ فهو حلال أكله وشربه ووضوؤه. [عد، قط، ((الضعيفة)) (4845)]

(Sangat Lemah) Daripada Salman RA secara marfu': Wahai Salman! Semua makanan dan minuman yang terjatuh ke dalamnya binatang yang tidak mempunyai darah lalu ia mati, maka halal makanan dan minumannya, juga halal berwuduk dengannya. [Riwayat Ibn 'Adi dan al-Daraqutni. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4845]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.