Semua kata-kata anak Adam tertanggung ke atasnya bukan kebaikan untuknya

TEKS BAHASA ARAB

كل كلام ابن آدم عليه لا له، إلا أمر بمعروف، أو نهي عن منكر، أو ذكر الله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Semua kata-kata anak Adam tertanggung ke atasnya bukan kebaikan untuknya kecuali menyuruh dengan yang makruf, atau menegah daripada yang mungkar, atau berzikir mengingati Allah.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1977, hadis nombor 9887. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أم حبيبة زوج النبي صلى الله عليه وسلم -رضي الله عنها- مرفوعا: ((كل كلام ابن آدم عليه لا له، إلا أمر بمعروف، أو نهي عن منكر، أو ذكر الله)).
[تخ، ت، ه، ابن السني، ع، عبد بن حميد، القضاعي، هب، الأصبهاني، خط، ((الضعيفة)) (1366)]

(Lemah) Daripada Ummu Ḥabībah RA, isteri Nabi SAW secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): Semua kata-kata anak Adam tertanggung ke atasnya bukan kebaikan untuknya kecuali menyuruh dengan yang makruf, atau menegah daripada yang mungkar, atau berzikir mengingati Allah.
[Riwayat al-Bukhārī dalam al-Tārīkh al-Kabīr, al-Tirmidhī dalam al-Sunan, Ibn Mājah dalam al-Sunan, Ibn al-Sunnī dalam ‘Amal al-Yaum wa al-Lailah, Abū Ya‘lā dalam al-Musnad, ‘Abd bin Ḥumaid dalam al-Muntakhab min al-Musnad, al-Quḍā‘ī dalam Musnad al-Shihāb, al-Baihaqī dalam Shu‘ab al-Īmān, al-Aṣbahānī dalam al-Targhīb wa al-Tarhīb, Khaṭīb al-Baghdadi dalam Tārīkh Baghdād. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 1366]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs