Bukan hadis

30/06/2024

minit bacaan



Semua hamba akan mendapat balasan berdasarkan amalannya

Teks Bahasa Arab

الْعَبْدُ مَجْزِيٌّ بِعَمَلِهِ، إِنْ خَيْرًا فَخَيْرٌ، وَإِنْ شَرًّا فَشَرٌّ.

Teks Bahasa Melayu

Semua hamba akan mendapat balasan berdasarkan amalannya, jika baik amalannya maka baik jugalah balasannya dan jika buruk amalannya maka buruk jugalah balasannya.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H)

Status

Bukan hadis

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 58, hadis no. 228. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

يجري على ألسنة المعربين، وهو في معنى: إنما هي أعمالكم ترد عليكم.

Berlegar-legar pada lidah orang-orang Arab, semakna dengannya: "Sesungguhnya hanya amalan-amalan kamu yang akan dikembalikan kepada kamu".

Rujukan

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.