Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كلُّ سارحَةٍ ورائِحَةٍ علَى قومٍ؛ حرامٌ على غيرِهم.
Teks Bahasa Melayu
Semua binatang ternakan dan unta bagi sesuatu kaum adalah haram untuk selain mereka.
Sahabat Perawi
- Abi Umamah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 807, hadis no. 4160. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن أبي أمامة –رضي الله عنه- مرفوعا: قال رسول الله –صلى الله عليه وسلم-: ((كل سارحة ورائحة على قوم؛ حرام على غيرهم)). [الفسوي، طب، ((الضعيفة)) (5512)].
(Sangat Lemah) Daripada Abi Umamah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW) berkata: Rasulullah SAW bersabda: Semua binatang ternakan dan unta bagi sesuatu kaum adalah haram untuk selain mereka. [Riwayat al-Fasawi dalam al-Ma’rifah wa al-Tarikh, al-Tabarani dalam Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5512]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman