Semua benda di atas muka bumi akan hilang

TEKS BAHASA ARAB

تذهب الأرضون كلها يوم القيامة إلا المساجد فإنه ينضم بعضها إلى بعض.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Semua benda di atas muka bumi akan hilang pada hari kiamat kecuali masjid. Ini kerana masjid-masjid saling bercantum antara satu sama lain.

STATUS

Terdapat perawi pendusta pada sanadnya

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 37. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

في اللآلئ «تذهب الأرضون كلها يوم القيامة إلا المساجد فإنه ينضم بعضها إلى بعض» فيه أصرم كذاب.

Dalam kitab al-La’ali menyebut:
“Semua benda di atas muka bumi akan hilang pada hari kiamat kecuali masjid. Ini kerana masjid-masjid saling bercantum antara satu sama lain.”
Dalam sanadnya terdapat perawi bernama Asram. Beliau adalah seorang pendusta.

RUJUKAN

Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī Al-Fattanī. (1343). Taẓkirah Al-Mawḍū’āt. Idārah Al-Ṭibā‘ah Al-Munīrah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs