Terdapat perawi pendusta pada sanadnya
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
تَذْهَبُ الأَرْضُونَ كُلَّهَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِلا الْمَسَاجِدَ فَإِنَّهُ يَنْضَمُّ بَعْضُهَا إِلَى بعض.
Teks Bahasa Melayu
Semua benda di atas muka bumi akan hilang pada hari kiamat kecuali masjid. Ini kerana masjid-masjid saling bercantum antara satu sama lain.
Ulama/Pengkaji Hadis
- al-Fattanī (m. 986H)
Status
Terdapat perawi pendusta pada sanadnya
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 37. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
في اللآلئ «تذهب الأرضون كلها يوم القيامة إلا المساجد فإنه ينضم بعضها إلى بعض» فيه أصرم كذاب.
Dalam kitab al-La’ali menyebut: “Semua benda di atas muka bumi akan hilang pada hari kiamat kecuali masjid. Ini kerana masjid-masjid saling bercantum antara satu sama lain.” Dalam sanadnya terdapat perawi bernama Asram. Beliau adalah seorang pendusta.
Rujukan
Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī al-Fattanī. (1343). Taẓkirah al-Mawḍū’āt. Idārah al-Ṭibā‘ah al-Munīrah.
Makluman