Semua haiwan ternakan milik suatu kaum adalah haram bagi orang selain dari mereka

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

كل سارحة، ورائحة على قوم حرام على غيرهم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Semua haiwan ternakan milik suatu kaum adalah haram bagi orang selain dari mereka.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 630, hadis nombor 3278. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أبي أمامة – رضي الله عنه -،قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ‌((كلُّ ‌سارحَةٍ ورائحةٍ على قومٍ؛ حرامٌ على غيرِهم)). [الفساوي في ((المعرفة التاريخ))، طب، ((الضعيفة)) (5512)].

(Sangat lemah)
Daripada Abu Umamah RA beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Semua haiwan ternakan milik suatu kaum adalah haram bagi orang selain dari mereka.”
[Riwayat al-Fasawi dalam al-Ma’rifah wa al-Tarikh dan al-Tabarani dalam Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5512].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.