TEKS BAHASA ARAB
حديث: كل الأعمال فيها المقبول والمردود، إلا الصلاة علي فإنها مقبولة غير مردودة.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: Semua amalan ada yang diterima dan ada yang ditolak melainkan selawat kepadaku. Sesungguhnya ia diterima tanpa ditolak.
STATUS
Tidak diketahui
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 140, hadis nombor 394. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
قال ابن حجر: لم يذكره من المخرجين أحد، ولا أظهر له سندا ليكون سندا معتمدا.
Ibn Hajar berkata: Tidak seorang pun ulama yang melakukan takhrij menyebutkannya. Aku berasakan tidak ada baginya sanad untuk dikira sebagai sanad yang muktamad.
RUJUKAN
Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.