Dikatakan tiada asal baginya atau dengan asalnya palsu.

30/06/2024

minit bacaan



Semua amalan ada yang diterima dan ada yang ditolak

Teks Bahasa Arab

حَدِيث: كل الْأَعْمَال فِيهَا المقبول والمردود، إِلَّا الصَّلَاة عَليّ فَإِنَّهَا مَقْبُولَة غير مَرْدُودَة.

Teks Bahasa Melayu

Hadis: Semua amalan ada yang diterima dan ada yang ditolak melainkan selawat kepadaku. Sesungguhnya ia diterima tanpa ditolak.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H)

Status

Dikatakan tiada asal baginya atau dengan asalnya palsu.

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 140, hadis no. 394. Dalam mukadimahnya beliau mengatakan bahawa beliau meringkaskan himpunan hadis-hadis yang "dikatakan tiada asal baginya atau dengan asalnya palsu". Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال ابن حجر: لم يذكره من المخرجين أحد، ولا أظهر له سندا ليكون سندا معتمدا.

Ibn Hajar berkata: Tidak seorang pun ulama yang melakukan takhrij menyebutkannya. Aku berasakan tidak ada baginya sanad untuk dikira sebagai sanad yang muktamad.

Rujukan

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.