Batil
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
{عَسَى أَنْ يَبْعَثَكَ رَبُّكَ مَقَاماً مَحْمُوداً}؛ قَالَ: يُجْلِسُنِي مَعَهُ عَلَى السَّرِيرِ.
Teks Bahasa Melayu
"Semoga Tuhanmu membangkitkan dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji" [Al-Isra’: 79]. Baginda berkata: Telah didudukkan aku bersama-Nya di atas katil.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Batil
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1565, hadis no. 7930. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Batil) Daripada Ibn Umar RA, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji". [Al-Isra’: 79] Baginda berkata: Telah didudukkan aku bersama-Nya di atas katil. [Riwayat al-Dailami di dalam Kitab al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.6465].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman