TEKS BAHASA ARAB
كان إذا رأى الهلال قال: هلال خير، الحمد لله الذي ذهب بشهر كذا وكذا وجاء بشهر كذا وكذا، أسألك من خير هذا الشهر ونوره وبركته وهداه وطهوره.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Semoga bulan sabit ini membawa kebaikan. Segala puji bagi Allah yang telah membawa pergi bulan sekian sekian dan mendatangkan bulan sekian sekian. Aku memohon kepada-Mu kebaikan bulan ini, cahayanya, keberkatannya, petunjuknya dan kesuciannya.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1468, hadis nombor 7473. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف السند) عن عبد الله بن مطرف، قال: كان رسول الله – صلى الله عليه وسلم – من أقل الناس غفلة، كان إذا رأى الهلال، قال: ((هلال خير، الحمد لله الذي ذهب بشهر كذا وكذا وجاء بشهر كذا وكذا، أسألك من خير هذا الشهر ونوره وبركته وهداه وطهوره)). [ابن السني، الخطيب في ((الكفاية))،((الضعيفة)) (3509)]
(Lemah Sanad)
Daripada ‘Abdullah bin Mutarifi, berkata: Rasulullah SAW adalah orang yang paling kurang terlupa, apabila Baginda melihat bulan sabit, Baginda bersabda: Semoga bulan sabit ini membawa kebaikan. Segala puji bagi Allah yang telah membawa pergi bulan sekian sekian dan mendatangkan bulan sekian sekian. Aku memohon kepada-Mu kebaikan bulan ini, cahayanya, keberkatannya, petunjuknya dan kesuciannya.
[Riwayat Ibn al-Sunni dan al-Khatib dalam al-Kifayah. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3509]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.