Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Semoga Allah SWT merahmati orang yang berkawal

Teks Bahasa Arab

رحم الله حارس الحرس.

Teks Bahasa Melayu

Semoga Allah SWT merahmati orang yang berkawal.

Sahabat Perawi

  1. Uqbah Bin Amir RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 993, hadis no. 5115. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عقبة بن عامر الجهني رضي الله عنه مرفوعا: رحم الله حارس الحرس. [الدارمي، هـ، ك، الباغندي في مسند عمر بن عبد العزيز، عق، الروياني، الخطيب في الموضح، الضعيفة (3641)].

(Lemah) Daripada Uqbah bin Amir al-Juhani RA, beliau meriwayatkan secara marfu’ : Semoga Allah SWT merahmati orang yang berkawal. [Riwayat al-Darimi, Sunan Ibn Majah, Mustadrak al-Hakim, al-Baghandi dalam Musnad Umar bin Abdul Aziz, al-‘Uqaili dalam al-Dhu’fa al-Kabir, al-Ruyani dan al-Khatib dalam al-Muwaddhih. Lihat Silsilah al-Dha’ifah no. 3641].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.