Daif

30/06/2024

minit bacaan



Semoga Allah SWT merahmati mereka yang melakukan selaan (pada jari jemari) daripada kalangan umatku dalam berwuduk dan ketika makan

Teks Bahasa Arab

رَحِمَ اللهُ المُتَخَلِّلِينَ من أُمَّتِي في الوضوءِ والطعامِ.

Teks Bahasa Melayu

Semoga Allah SWT merahmati mereka yang melakukan selaan (pada jari jemari) daripada kalangan umatku dalam berwuduk dan ketika makan.

Sahabat Perawi

  1. Abū Ayyūb RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Daif

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 64, hadis no. 292. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي أيوب -رضي الله عنه - مرفوعا: ((رحم الله المتخللين من أمتي في الوضوء والطعام)). [فر، القضاعي، ((الضعيفة)) (3638)].

(Daif) Daripada Abū Ayyūb RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Semoga Allah SWT merahmati mereka yang melakukan selaan (pada jari jemari) daripada kalangan umatku dalam berwuduk dan ketika makan.)) [Riwayat al-Quḍā‘ī dalam Musnad al-Shihāb, al-Daylamī dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3638].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.