Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
رحم الله المتسرولات.
Teks Bahasa Melayu
Semoga Allah merahmati wanita-wanita yang memakai seluar.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1622, hadis no. 8193. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن أبي هريرة - رضي الله عنه -، قال: بينا رسول الله - صلى الله عليه وسلم - جالس على باب من أبواب المسجد مرت امرأة على دابة، فلما حاذت النبي - صلى الله عليه وسلم -؛ وتكشفت، فقيل: يا رسول الله! إن عليها سراويل، فقال: ((رحم الله المتسرولات)). [هب، ((الضعيفة)) (3252)].
(Sangat Lemah) Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata: Ketika Rasulullah SAW duduk di salah satu pintu masjid, telah lalu seorang wanita yang menunggang binatang tunggangannya. Lalu apabila binatang itu berjalan menghampiri Nabi, ia tersadung, lalu Nabi SAW berpaling, kerana (kain) wanita itu tersingkap, lalu dikatakan pada baginda: Wahai Rasulullah! Sesungguhnya wanita itu memakai seluar, lalu baginda bersabda: "Semoga Allah merahmati wanita-wanita yang memakai seluar.")) [Riwayat al-Baihaqi dalam Shu’ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3252].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman