Semoga Allah merahmati seseorang

TEKS BAHASA ARAB

رحم الله امرءا أصلح لسانه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Semoga Allah merahmati seseorang yang memperelokkan lidahnya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, di halaman 40, hadis nombor 202. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Al-Dailami turut mengeluarkannya dalam Musnad al-Firdaws melalui dua jalur sanad, al-Tusi dalam Amali beliau, hadith tersebut dusta lagi tidak sahih sebagaimana dikatakan oleh para huffaz. Jelas kepalsuan hadith tersebut melalui sebab 'Umar mengungkapkan hadith tersebut sebagaimana sangkaan si perekanya iaitu 'Umar melalui satu kumpulan sedang melontar dan tersasar (lontaran), lalu 'Umar mencemuh mereka, mereka pun berkata: إنا قوم متعلمين “Sesungguhnya kami adalah kumpulan yang sedang belajar”. Lalu 'Umar menjawab: “Kesalahan percakapan kamu lebih teruk berbanding lontaran kamu. Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda, lalu 'Umar menyebutkan hadith tersebut.

RUJUKAN

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs