Semoga Allah merahmati seseorang (dan dalam riwayat yang lain): Seorang lelaki yang memperbaiki sebutan lidahnya

TEKS BAHASA ARAB

رحم الله امرأ (وفي رواية: رجلا) أصلح من لسانه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Semoga Allah merahmati seseorang (dan dalam riwayat yang lain): Seorang lelaki yang memperbaiki sebutan lidahnya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 196, hadis nombor 1011. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن ابن عمر – رضي الله عنهما – أن عمر – رضي الله عنه – مر بقوم قد رموا رشقا، فقال: بئس ما رميتم، قال: إنا قوم متعلمين، قال: ذنبكم في لحنكم أشد من ذنبكم في رميكم! سمعت رسول الله – صلى الله عليه وسلم – يقول: ((رحم الله امرأ (وفي رواية: رجلا) أصلح من لسانه)). [عق، عد، ابن بشران في ((فوائد منتخبة من أحاديث أبي علي الصفار))، الخطيب في ((الجامع))، ((الضعيفة)) (2414)]

(Palsu) Daripada Ibn ‘Umar RA, Bahawa ‘Umar RA telah melalui suatu kaum yang melempar anak panah dengan begitu laju. Lalu beliau berkata: Amat buruk apa yang kamu lemparkan ini. Kemudian kaum itu berkata: Sesungguhnya kami ini merupakan kaum yang sedang belajar. Lalu ‘Umar berkata: Sesungguhnya dosa kamu pada lahan (kesalahan tatabahasa) kamu jauh lebih berat berbanding dosa kamu pada lemparan kamu. Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Semoga Allah merahmati seseorang (dan dalam riwayat yang lain): Seorang lelaki yang memperbaiki sebutan lidahnya.
[Riwayat al-’Uqayli dalam al-Du’afa’ al-Kabir, Ibn 'Adi dalam al-Kamil Fi al-Du’afa’, Ibn Bishran dalam Fawaid Muntakhabah Min Ahadith Abi ‘Ali al-Saffar dan al-Khatib dalam al-Jami’. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 2414]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs