Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
رحِم اللهُ امرَأً (وفي رواية : رجلًا) أَصلَح من لسانه.
Teks Bahasa Melayu
Semoga Allah merahmati seseorang (dan dalam riwayat yang lain): Seorang lelaki yang memperbaiki sebutan lidahnya.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 196, hadis no. 1011. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن ابن عمر - رضي الله عنهما - أن عمر - رضي الله عنه - مر بقوم قد رموا رشقا، فقال: بئس ما رميتم، قال: إنا قوم متعلمين، قال: ذنبكم في لحنكم أشد من ذنبكم في رميكم! سمعت رسول الله - صلى الله عليه وسلم - يقول: ((رحم الله امرأ (وفي رواية: رجلا) أصلح من لسانه)). [عق، عد، ابن بشران في ((فوائد منتخبة من أحاديث أبي علي الصفار))، الخطيب في ((الجامع))، ((الضعيفة)) (2414)]
(Palsu) Daripada Ibn ‘Umar RA, Bahawa ‘Umar RA telah melalui suatu kaum yang melempar anak panah dengan begitu laju. Lalu beliau berkata: Amat buruk apa yang kamu lemparkan ini. Kemudian kaum itu berkata: Sesungguhnya kami ini merupakan kaum yang sedang belajar. Lalu 'Umar berkata: Sesungguhnya dosa kamu pada lahan (kesalahan tatabahasa) kamu jauh lebih berat berbanding dosa kamu pada lemparan kamu. Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Semoga Allah merahmati seseorang (dan dalam riwayat yang lain): Seorang lelaki yang memperbaiki sebutan lidahnya. [Riwayat al-’Uqayli dalam al-Du’afa’ al-Kabir, Ibn 'Adi dalam al-Kamil Fi al-Du’afa’, Ibn Bishran dalam Fawaid Muntakhabah Min Ahadith Abi ‘Ali al-Saffar dan al-Khatib dalam al-Jami’. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 2414]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman