Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
رَحِمَ اللهُ امْرَءًا أَصْلَحَ لِسَانَهُ
Teks Bahasa Melayu
Semoga Allah merahmati seseorang yang memperelokkan lidahnya.
Sahabat Perawi
- Anas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin al-Siddiq al-Ghumari (m. 1380H) dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Mughir ‘ala al-Ahadith al-Mawdu‘ah fi al-Jami‘ al-Saghir, di halaman 40, hadis no. 202. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Al-Dailami turut mengeluarkannya dalam Musnad al-Firdaws melalui dua jalur sanad, al-Tusi dalam Amali beliau, hadith tersebut dusta lagi tidak sahih sebagaimana dikatakan oleh para huffaz. Jelas kepalsuan hadith tersebut melalui sebab 'Umar mengungkapkan hadith tersebut sebagaimana sangkaan si perekanya iaitu 'Umar melalui satu kumpulan sedang melontar dan tersasar (lontaran), lalu 'Umar mencemuh mereka, mereka pun berkata: إنا قوم متعلمين "Sesungguhnya kami adalah kumpulan yang sedang belajar". Lalu 'Umar menjawab: "Kesalahan percakapan kamu lebih teruk berbanding lontaran kamu. Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda, lalu 'Umar menyebutkan hadith tersebut.
Rujukan
Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.
Makluman